Kadangkala, rasa bagus untuk memulakan sesuatu dari awal. Untuk memulakan permainan baharu dari awal, anda perlu menyambungkan permainan semasa kepada Supercell ID dahulu supaya anda tidak kehilangan semua kemajuan apabila anda kembali.
Untuk menyambung, buka Tetapan dalam permainan dan ketik ‘Sambungkan’ di bawah tajuk Supercell ID. Ikut arahan pada skrin.
Selepas ini, anda boleh memulakan permainan baharu:
Buka Tetapan dalam permainan.
Buka menu Supercell ID.
Ketik roda gear untuk mengakses Tetapan Supercell ID.
Ketik ‘Log keluar’ dalam pilihan Supercell ID.
Sekarang, di skrin tajuk permainan, pilih ‘Main tanpa Supercell ID’.
Selesai!
Kini anda juga harus mencipta Supercell ID untuk akaun baharu anda. Ini akan memudahkan anda bertukar antara dua akaun dan memastikan akaun anda selamat.