Mengenai Musim
Setiap musim bermula pada hari Isnin pertama setiap bulan dan tema baharu akan diperkenalkan untuk Clash Royale. Ini bermakna akan ada semua jenis kandungan baharu, termasuk emote, cabaran, dan banyak lagi!
Musim baharu juga bermakna permulaan baharu untuk mendaki tangga Liga Trofi. Beri perhatian kepada perubahan keseimbangan bermusim untuk mendapat peluang terbaik bagi menjamin kemenangan dalam Liga. Ganjaran pencapaian baharu ditambah setiap musim, menjadikan pendakian menuju kejayaan lebih bermakna!
Perubahan Keseimbangan Bermusim
Kami cuba untuk menjadikan pertempuran dalam arena suatu yang paling menarik. Bahagian utama ialah memastikan keseimbangan askar, sihir, dan bangunan.
Setiap musim, kami menganalisis data bermain (termasuk kadar penggunaan dan kemenangan) dan maklum balas pemain untuk memastikan apa yang perlu diubah. Matlamat kami adalah untuk memastikan tiada kompisisi kad atau dek yang terlalu dominan dan menghalang pemain menjadi kreatif dan bermain secara berstrategi.
Nantikan pengumuman perubahan keseimbangan dalam permainan sebelum bermulanya musim baharu dan maklumkan kepada kami maklum balas anda di siaran media sosial kami!