Melindungi permainan anda!
Supercell ID ialah perkhidmatan yang membenarkan anda melindungi akaun permainan anda dan memudahkan anda bermain dengan akaun permainan Supercell anda pada semua peranti mudah alih anda.
Cara mendaftar
Anda boleh mendaftar untuk Supercell ID dalam Tetapan permainan. Pilih ‘Supercell ID’ untuk bermula!
Mencipta Supercell ID adalah mudah, percuma dan tidak memerlukan kata laluan: kod pengesahan baharu akan dihantar kepada anda setiap kali anda log masuk. Tidak perlu mengingati kata laluan lagi!
Mendaftar Supercell ID untuk semua akaun permainan anda ialah cara terbaik untuk bertukar di antara akaun. Anda hanya perlu menandakan kotak "Ingati saya pada peranti ini" dan anda akan dapat menukar antara akaun dengan mudah sekali. Tidak memerlukan kod pengesahan!
Untuk menyimpan kemajuan permainan Supercell lain menggunakan Supercell ID yang sama, log masuk dengan alamat e-mel Supercell ID anda dalam permainan yang lain.
E-mel tidak disokong
Sesetengah domain e-mel yang diketahui lebih terdedah kepada risiko keselamatan berbanding yang lain tidak disokong oleh Supercell ID. Jika anda cuba mencipta atau menukar e-mel Supercell ID kepada alamat e-mel yang tidak disokong, anda akan mendapat mesej yang memaklumkan anda bahawa anda tidak boleh menggunakan alamat e-mel itu. Jika ini berlaku, sila cuba gunakan alamat e-mel lain untuk Supercell ID anda.