SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA KOD PENGESAHAN
Mencipta Supercell ID
Apabila anda sudah bersedia untuk mencipta Supercell ID, kod pengesahan akan dihantar ke e-mel yang anda berikan kepada kami. Gunakan kod ini untuk mendaftar masuk dan mencipta Supercell ID anda. Pastikan alamat e-mel anda belum disambungkan kepada Supercell ID yang lain kerana kod pengesahan tidak boleh dihantar ke e-mel yang sudah disambungkan kepada Supercell ID yang berbeza.
Log masuk ke Supercell ID
Anda mungkin diminta untuk memasukkan kod pengesahan semasa log masuk. Jika anda menghadapi isu menerima kod pengesahan, pastikan anda menggunakan e-mel sama yang anda gunakan untuk mencipta Supercell ID.
Untuk menghentikan Supercell ID daripada meminta kod pengesahan setiap kali anda log masuk, pastikan anda menandakan kotak “Ingat saya pada peranti ini”. Kotak “Ingat saya pada peranti ini” terletak di bawah ruang anda memasukkan alamat e-mel anda.
Jika anda bermain menggunakan beberapa akaun, kami mengesyorkan anda agar menghubungkan semua akaun permainan anda ke satu Supercell ID untuk pengalaman terbaik. Dengan ini, anda boleh bertukar antara semua akaun anda tanpa perlu memasukkan kod pengesahan.
Semak Folder Spam Anda!
Jika anda belum menerima kod pengesahan, sila semak folder spam anda dan periksa sekali lagi yang anda tidak menetapkan syarat yang mungkin memindahkan e-mel ini ke folder itu. Mencari “Supercell ID” dalam peti masuk anda sepatutnya akan membantu menemukan e-mel dengan kod pengesahan.
Saya Salah Menaip Kod Pengesahan
Atas sebab keselamatan, jika anda salah menaip kod pengesahan Supercell ID tiga kali berturut-turut, anda tidak akan dapat menerima kod pengesahan baharu selama 24 jam. Jadi, sila bersabar dan cuba lagi nanti!
Hanya Kod Terkini Akan Berfungsi
Anda akan menerima kod pengesahan baharu setiap kali anda log masuk dan mencipta yang baharu dan hanya kod pengesahan terkini akan berfungsi.
Pastikan anda tahu e-mel kod pengesahan yang terkini dalam peti masuk anda. Jika anda sudah mempunyai beberapa kod pengesahan Supercell ID dalam peti masuk anda, hapuskan semuanya dan memulakan proses log masuk/penciptaan dalam permainan sekali lagi.
E-mel Tidak Disokong
Sesetengah domain e-mel adalah lebih terdedah kepada risiko keselamatan berbanding yang lain dan tidak disokong oleh Supercell ID. Jika anda cuba mencipta Supercell ID atau menukar e-mel Supercell ID anda kepada e-mel yang tidak disokong, anda akan mendapat mesej yang memaklumkan anda bahawa anda tidak boleh menggunakan e-mel itu. Jika ini berlaku, sila cuba gunakan alamat e-mel lain untuk Supercell ID anda.