Penetapan Supercell ID adalah mudah, percuma dan tidak memerlukan kata laluan. Untuk log masuk, anda cuma perlu memasukkan kod yang kami hantakan ke e-mel anda. Bagus!
Untuk Bermula
Anda boleh mendaftar untuk Supercell ID melalui semua permainan kami dengan mengikuti arahan-arahan di bawah!
1. Buka menu Supercell ID.
Buka pengesetan permainan. Kemudian, cari pilihan Supercell ID dan ketik untuk mulakan proses.

2. Masukkan e-mel anda
Ketik 'Teruskan' dan masukkan alamat e-mel anda. E-mel ini mestilah sah dan tidak pernah digunakan untuk Supercell ID.
Jika anda mahu, anda boleh tandakan kotak untuk menerima berita daripada Supercell. Ini tidak wajib dan boleh diubah dalam pengesetan profil anda kemudian.
Ketik ‘Cipta’ untuk teruskan ke langkah seterusnya.
3. Mengesahkan e-mel anda.
Anda akan menerima e-mel daripada Supercell yang mengandungi kod pengesahan. Masukkannya dalam ruang yang diberikan dan ketik ‘Hantar’.
4. Pilih ID Pemain anda.
Masukkan nama yang anda ingin gunakan dalam permainan Supercell. Ini akan menjadi ID Pemain anda. Jangan gunakan nama sebenar atau maklumat peribadi anda sendiri.
5. Menyesuaikan avatar anda.
Pilih avatar dan warna latar yang paling sesuai dengan anda!
Siap!
Selepas menyelesaikan langkah-langkah ini, anda kini akan menjadi pemilik Supercell ID yang baharu. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau akan kehilangan kemajuan anda dan teruskan bermain!