Kedai dibuka untuk perniagaan!
Kedai akan dibuka sebaik sahaja anda mencapai Arena 1!
Anda boleh mendapat pelbagai jenis item hebat dari kedai yang termasuk hadiah log masuk harian, peti, kad, emas, emote, permata, item ajaib dan syard evolusi! Selain itu, tawaran istimewa yang muncul di kedai mungkin termasuk Token Penukaran atau Buku Ajaib (tidak termasuk Buku Sihir Terunggul yang eksklusif untuk ganjaran bertuah).
Sumber dan item ini boleh dibeli dengan emas, permata atau wang sebenar.
Pass Royale
Dapatkan Pass Royale Berlian dengan mudah di kedai!
Tawaran Istimewa/Super Mega
Dapatkan item unik dengan tawaran terhad masa ini, seperti:
Kad Bebas (semua kenadiran)
Token Musim
Kunci Peti
Token Penukaran
Emas
Kad
Tawaran Harian
Slot di tawaran harian disegar semula setiap 24 jam. Bilangan slot yang tersedia berbeza mengikut tahap raja. Tetapi slot pertama akan sentiasa mengandungi hadiah harian anda!
Tawaran harian termasuk:
Kad
Anda boleh membeli paket kad menggunakan emas atau permata. Kos untuk setiap paket kad adalah mengikut kenadiran dan bilangan kad yang terkandung di dalamnya.
Peti
Anda mungkin akan nampak Peti Epik dan Legenda di kedai sebagai tawaran harian, jadi nantikannya!Hadiah Log Masuk
Hadiah akan diberikan dalam bentuk emas, permata, Peti Emas dan setiap hari Ahad, satu kad Epik! Log masuk satu kali sehari untuk mengambilnya!
Peti Diraja
Beli dan buka peti dari kedai serta-merta!
Mata Wang
Beli permata dengan wang sebenar atau tukar permata dengan emas!
Tawaran Rantaian
Beli dan tuntut item daripada tawaran rantaian pertama untuk membuka tawaran yang seterusnya. Ganjaran yang lebih besar dan lebih baik muncul kemudian dalam rantaian, jadi belilah item dan tuntut semua ganjaran pada rantaian itu! Tawaran rantaian adalah terhad masa, jangan terlepas!