Item ajaib ialah sejenis sumber yang direka untuk mempercepat kemajuan anda serta memberi anda lebih banyak kawalan dan pilihan apabila anda bermain!
Terdapat enam jenis item ajaib dan semuanya tersedia di Tahap Raja 5:
Kad Bebas
Buku
Syiling Ajaib
Kunci Peti
Posyen Galakan Kad
Syard Bebas
Buku Ajaib
Buku Ajaib membuat peningkatan kad menjadi mudah! Buku Ajaib memberi anda semua baki kad yang diperlukan untuk menaik taraf kad ke tahap seterusnya. Buku Ajaib mestilah sama kenadiran dengan kad yang digunakan padanya.
Kenadiran Buku Ajaib:
Buku Kad Biasa
Buku Kad Jarang
Buku Kad Epik
Buku Kad Legenda
Buku Sihir Terulung - Item Ajaib paling berkuasa yang boleh anda gunakan pada kad sebarang kenadiran!
Ingat ya, anda hanya boleh memiliki satu Buku Ajaib untuk setiap jenis kenadiran melainkan anda membeli dari kedai atau memperoleh daripada Ganjaran Bertuah.
Kad Bebas
Kad Bebas boleh digunakan untuk meningkatkan kad dengan kenadiran yang sama! Kenadiran Kad Bebas termasuk:
Kad Bebas Biasa
Kad Bebas Jarang
Kad Bebas Epik
Kad Bebas Legenda
Kad Bebas Juara
Kad Bebas Elit
Kad Bebas dari peti
Semua Item Ajaib dibuka di Tahap Raja 5, tetapi Kad Bebas boleh ditemukan di dalam peti tahap lebih rendah. Jika ini terjadi, kad akan disimpan dalam inventori item ajaib anda untuk digunakan kemudian. Anda akan dapat lihat inventori item ajaib dan menggunakan item ajaib apabila anda mencapai Tahap Raja 5.
Kebarangkalian Kad Bebas muncul di dalam peti adalah bergantung pada tahap arena peti itu.
Bermula dari Arena 4, semua peti mungkin mengandungi Kad Bebas, manakala Peti Raja dan Peti Raja Legenda masing-masing menjaminkan sebilangan Kad Bebas!
Sila ambil perhatian! Anda tidak boleh menggunakan Kad Bebas untuk membuka kad baharu.
Kad Bebas Elit
Gunakan Kad Bebas Elit untuk meningkatkan kad daripada tahap 14 kepada tahap Elit (15). Anda memerlukan 50,000 Kad Bebas Elit untuk menaik taraf kad ke tahap Elit. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad-kad iniβ¦
Salinan kad tahap 14 akan ditukar kepada Kad Bebas Elit:
Kad Biasa: 1 Kad Bebas Elit
Kad Jarang: 5 Kad Bebas Elit
Kad Epik: 20 Kad Bebas Elit
Kad Legenda: 1,500 Kad Bebas Elit
Kad Juara: 4,000 Kad Bebas Elit
Item ajaib juga boleh ditukar kepada Kad Bebas Elit apabila anda telah menaik taraf semua kad dengan kenadiran yang sama dengan item ajaib ke tahap 14:
Buku (Tanpa mengira kenadiran): 5,000 Kad Bebas Elit
1 Kad Bebas Biasa: 1 Kad Bebas Elit
1 Kad Bebas Jarang: 5 Kad Bebas Elit
1 Kad Bebas Epik: 20 Kad Bebas Elit
1 Kad Bebas Legenda: 1,500 Kad Bebas Elit
1 Kad Bebas Juara: 4,000 Kad Bebas Elit
Kad Bebas Elit juga kadang-kadang akan muncul di kedai, Laluan Legenda dan Ganjaran Bertuah.
Penyimpanan Kad Bebas Elit
Anda boleh menyimpan sehingga 400,000 Kad Bebas Elit. Walau bagaimanapun, jika storan Kad Bebas Elit anda penuh, anda akan kehilangan Kad Bebas Elit tambahan yang ditemui.
Syard Bebas
Syard Bebas boleh menyumbang satu Syard Evolusi kepada kad evolusi pilihan anda, membawa anda lebih dekat lagi kepada pembukaannya.
Syard Bebas tersedia di kedai, kedai musim dan Ganjaran Bertuah.
Anda boleh memiliki sehingga enam Syard Bebas.
Syiling Ajaib
Syiling Ajaib membolehkan anda melangkau kos emas semasa menaik taraf kad.
Kunci Peti
Kunci Peti membuka sebarang peti di slot peti anda serta-merta!
Posyen Galakan Kad
Posyen Galakan Kad menggalakkan salah satu kad anda sehingga sepadan dengan tahap Menara Raja anda untuk sementara. Galakan kad akan digunakan dalam semua mod permainan yang menggunakan dek anda sendiri. Kad dalam koleksi anda yang digalakkan akan ditandai dengan label 'DIGALAKKAN', dan anda boleh mengetiknya untuk melihat tempoh kesan itu akan kekal. Galakan akan kekal selama 3 jam setelah diaktifkan.
Anda boleh memiliki maksimum lapan Posyen Galakan Kad.
Tempat Mendapatkan Item Ajaib
item ajaib boleh didapati di semua tempat dalam permainan!
Pass Royale: Untuk pemain dengan Pass Royale Berlian, Kad Bebas (dan Item Ajaib lain) akan tersedia di kebanyakan peringkat dan memberikan anda lebih banyak kebebasan memilih! Jika anda tiada Pas Berlian, jangan risau! Item Ajaib sentiasa ada di laluan ganjaran percuma juga.
Jalan Trofi: Kad Bebas akan tersedia di Jalan Trofi dan menggantikan kad dengan kenadiran yang sama.
Cabaran dan Kejohanan Global: Kad Bebas dan Kunci Peti akan tersedia selepas beberapa kemenangan!
Laluan Legenda: Kad Bebas dan Posyen Galakan Kad boleh diperoleh dalam perjalanan anda menuju ke Juara Mutlak!
Tawaran kedai: Semua item ajaib akan tersedia di kedai, tetapi kebarangkalian kemunculan Kad Bebas, Kunci Peti dan Syiling Ajaib adalah lebih tinggi.
Ganjaran Bertuah: Selain daripada ganjaran lain, anda juga boleh memperoleh Kad Bebas, Kad Bebas Elit, Buku Sihir Terulung, Buku Kad dan syard evolusi daripada Ganjaran Bertuah.
Pengetahuan Berguna
Inventori boleh melebihi had jika item ajaib diperoleh melalui pembelian dalam aplikasi.
Inventori akan disemak semasa mengumpul item ajaib di Pass Royale, Jalan Trofi, cabaran dan Kejohanan Global. Jika inventori penuh, anda boleh kembali ke inventori item ajaib untuk menggunakan item ajaib atau mengumpul item ajaib itu untuk ditukar kepada permata atau emas.
Jika inventori anda hampir penuh dan akan melepasi had jika mengumpul lebih banyak item ajaib, inventori akan melimpah dan item ajaib tidak akan ditukar. Contohnya: Anda mempunyai 900/1000 Kad Bebas, anda mendapat 200 lagi, inventori anda selepas ini akan menjadi 1100/1000 dan bukannya 1000/1000.
Kad Bebas boleh muncul di dalam peti selepas arena 4! Kebarangkalian Kad Bebas muncul di dalam peti adalah bergantung kepada tahap arena peti - semakin tinggi tahap arena, semakin tinggi kebarangkaliannya.
Satu daripada 4 kad Legenda yang diterima daripada peti ialah Kad Bebas, dan ini memberikan anda pilihan untuk mendapatkan sebarang kad Legenda yang anda inginkan!