Berhenti dan membuat penukaran!
Pedagang boleh ditemui di tebing Sungai Royale (semasa Perang Klan) dan di kedai (bermula daripada Tahap Raja 16).
Setiap hari, dia akan menawarkan 3 kad yang anda boleh tukar.
Setiap penukaran memerlukan satu Token Penukaran yang sepadan dengan kenadiran kad yang ditukar. Anda boleh membuat penukaran selagi anda mempunyai Token Penukaran.
Jika anda tidak berpuas hati dengan kad yang ada, anda boleh rawak semula menggunakan 10 permata.
Kad apakah yang ada?
Jika anda berada di Arena 7 atau ke atas, penukaran Kad Legenda juga akan muncul kira-kira 4 kali setiap 30 hari! Penukaran Kad Epik akan muncul setiap hari Ahad dan penukaran untuk Kad Biasa dan Jarang pada hari lain.
Anda tidak boleh menukar kad yang anda belum buka.
Kad Tahap Maksimum
Anda masih boleh menukar kad yang telah mencapai tahap maksimum. Nilai kad ditukar kepada Kad Bebas Elit.
Sekiranya anda akan menerima kad maksimum daripada suatu pertukaran, anda akan menerima:
1 Kad Bebas Elit untuk setiap Kad Biasa
5 Kad Bebas Elit untuk setiap Kad Jarang
20 Kad Bebas Elit untuk setiap Kad Epik
1500 Kad Bebas Elit untuk setiap Kad Lagenda
4000 Kad Bebas Elit untuk setiap Kad Juara
Jika anda perlu memberi kad yang telah mencapai tahap maksimum, anda perlu membayar nilai emasnya:
Kad Biasa berkos 5 emas
Kad Jarang berkos 25 emas
Kad Epik berkos 100 emas
Kad Legenda berkos 7500 emas