Sertai Lumba Sungai!
Klan anda kini mempunyai bot klan sendiri yang anda akan guna untuk bertanding dalam lumba sungai. Maju dalam lumba sungai dengan memperoleh pingat dari tugasan sungai! Pingat ini menentukan kedudukan klan anda dan sejauh mana bot klan akan bergerak.
Klan anda akan bersaing dengan klan yang sama di sepanjang lumba sungai, jadi anda boleh memahami lawan anda dengan baik. Anda boleh menyerang bot klan lain sepanjang masa anda berlayar di sungai.
Minggu Perang Klan
Perang Klan dibahagikan kepada 3 Hari Latihan dan 4 Hari Pertempuran.
- Hari Latihan
Semasa hari latihan, anda boleh menyediakan pertahanan bot anda, berlatih dek perang anda dan memperoleh emas dari pertempuran! Jangan risau akan keputusan atau penyertaan anda kerana pertempuran ini tidak akan mempengaruhi mata anda di lumba sungai.
- Hari Pertempuran
Lumba sungai bermula! Anda boleh mula menyerang bot lain, dan semua pertempuran memberi anda pingat. Semakin tinggi kedudukan klan anda pada akhir hari, semakin jauh bot klan anda akan bergerak.
Musim Perang Klan
Satu musim Perang Klan terdiri daripada beberapa perang klan, dipisahkan oleh gerbang perang. Setiap Perang Klan berlangsung selama seminggu dan satu musim ialah sepanjang 4-5 minggu.
Klan dengan pingat terbanyak pada setiap hari pertempuran akan sampai ke gerbang perang terlebih dahulu dan mendapat ganjaran terbesar.
Minggu Terakhir Perang Klan
Minggu terakhir musim Perang Klan tidak akan ada lumba sungai, maka tiada juga pertempuran bot.
Sebaliknya, klan anda memasuki Colosseum Perang Klan untuk bertempur menentang klan lain untuk mendapat ganjaran yang lebih besar serta lebih baik dan kegemilangan di Liga Perang Klan!
Sama seperti minggu sebelumnya, terdapat juga 3 Hari Latihan dan 4 Hari Pertempuran.
Anda memerlukan 3 dek untuk mula bertempur di dalam Colosseum, jadi bawa bersama dek terbaik anda!
Jika anda tidak mahu mengambil bahagian dalam pertempuran Colosseum, anda masih boleh menyelesaikan tugasan sungai lain kecuali pertempuran bot. Ini adalah terserah kepada anda!
Pengetahuan berguna
- Cara untuk sertai
Untuk mengambil bahagian, anda mesti berada sekurang-kurangnya pada Tahap Raja 10! Setiap klan dengan sekurang-kurangnya 10 ahli akan dimasukkan ke dalam perang secara automatik. Untuk memastikan pengalaman Perang Klan yang terbaik untuk diri anda, pastikan untuk menyertai klan yang aktif untuk mendapat lebih keseronokan dan ganjaran yang lebih besar! Jika anda memiliki klan anda sendiri, anda hanya perlu pastikan anda rekrut ahli yang aktif!
- Peserta Terhad
Bilangan peserta yang boleh menyertai perang akan dihadkan kepada 50 orang setiap 24 jam.
- Panjang Sungai
Tidak kira Liga, panjang sungai ialah 10.000!
- Pergerakan Bot
Pada akhir setiap hari pertempuran, klan dengan pingat terbanyak akan mara paling banyak dan pergerakan tambahan diperoleh setiap hari dari pertahanan yang tidak tumpas.
Ingat, pada akhir hari pertempuran, semua bot akan mara di sungai pada masa yang sama!