Pertempuran Perang Klan meraih pingat untuk klan anda dan ganjaran untuk diri anda! Bilangan pingat yang diperoleh akan bergantung pada jenis pertempuran, dan sama ada anda menang atau kalah.
Pertempuran Perang Klan yang ada sekarang termasuk:
- Pertempuran Bot
- Perang Tanding
- 1v1
- Mod Permainan Bergilir Mingguan
Semakin banyak pingat yang diperolehi klan anda, semakin jauh bot klan anda mara di sungai.
Pertempuran Bot
Objektif anda adalah untuk mengalahkan pertahanan bot klan musuh! Dalam mod pemain lawan musuh (PvE) ini, anda harus menggunakan dek perang anda untuk melawan pertahanan bot yang dibentuk oleh ahli klan musuh.
Semakin banyak pertahanan yang bertahan setiap Hari Pertempuran, semakin jauh bot klan bergerak ke hadapan! Setiap pertahanan memberikan mata berbeza dan mata terkumpul dari pertahanan yang bertahan akan menentukan sejauh mana bot akan bergerak.
Pertahanan bot klan yang musnah tidak akan tersedia sehingga permulaan minggu Perang Klan berikut.
Semasa pertempuran bot, anda akan nampak bahagian lebih gelap pada setiap nilai nyawa menara pertahanan. Ini ialah jumlah nilai nyawa yang akan dipulihkan jika anda tidak dapat memusnahkannya ketika serangan bot anda. Jumlah yang dipulihkan ialah 1/4 daripada nilai nyawanya.
Perang Tanding
Sediakan dek perang terbaik anda dan bersedia untuk pertempuran menang dua!
Perang tanding merupakan cabaran terbesar dan memberikan ganjaran terbesar. Minimum 3 dek perang diperlukan untuk berperang tanding.
Perang tanding ialah cara baik untuk menguji kemahiran anda sebab apabila anda maju dalam permainan, anda perlu lebih pengetahuan tentang dek lawan anda dan jenis kad yang mereka ada atau belum digunakan untuk mengalahkan mereka!
Ingat ya, tidak akan berlaku seri dalam Perang Tanding Perang Klan. Jika peraturan pematah seri tidak dapat menentukan pemenang, sistem membaling syiling akan menentukan pemenang akhir.
Mod Permainan Bergilir Mingguan
Mod permainan istimewa berbeza akan tersedia di lumba sungai setiap minggu. Sama seperti tugasan sungai lain, mod ini akan mempunyai nod peta dan pop timbul unik tersendiri.
Jika anda suka Butang Parti, kami yakin anda pasti akan suka mod permainan istimewa di perang klan juga!
Adakah akan ada lebih banyak tugasan sungai?
Ya! Kami merancang untuk tambah lebih banyak tugasan sungai pada masa depan.