Apabila ketua klan telah 21 hari tidak log masuk Clash Royale, proses memilih ketua baharu akan bermula. Mesej dan pemberitahuan akan dihantar kepada ketua klan yang tidak aktif untuk mengalakkan mereka log masuk dan kembali menguruskan klan mereka. Ketua klan mempunyai masa 14 hari untuk kembali ke permainan sebelum statusnya diserahkan kepada orang lain. Selepas tidak aktif selama 35 hari, pangkat ketua akan diberikan kepada pembantu ketua atau senior dalam klan itu.
Ahli dan ketua klan akan nampak mesej tentang proses tersebut dalam peti masuk mereka:
Tidak aktif selama 21 hari:
- Mel klan dihantar menyatakan disebabkan ketidakaktifan ketua, pangkat ketua akan diberikan kepada ahli lain.
Tidak aktif selama 32 hari:
- Mel klan kedua dihantar menyatakan disebabkan ketidakaktifan ketua, pangkat ketua akan diberikan kepada ahli lain.
Tidak aktif selama 35 hari:
- Ketua baharu dilantik.
SIAPA YANG AKAN DINAIKKAN PANGKAT MENJADI KETUA?
Ketua klan baharu ialah seseorang yang telah paling lama menjadi ketua bersama. Jika tiada ketua bersama, orang yang paling lama menjadi senior akan dilantik menjadi ketua klan. Ketua klan boleh serahkan status ketuanya secara rela dengan log masuk dan menaikkan pangkat ahli klan lain menjadi ketua.