Untuk menukar keterangan klan anda, klik pada butang gear biru yang boleh ditemui dalam profil klan. Ini akan membawa anda ke Tetapan klan di mana anda boleh mengedit perihalan dengan mengetik padanya.
Sebelum menukarnya, ingat bahawa anda tidak dibenarkan untuk
- membeli/menjual akaun
- mempromosikan perisian pihak ketiga
- mengiklan
- meletakkan maklumat peribadi
Sila pastikan perihalan klan anda sopan dan menghormati semua orang.
Hanya ketua dan pembantu ketua dibenarkan untuk menukar perihalan klan.