Pertandingan Peribadi memberi anda pilihan untuk mencipta dan menyesuaikan pertandingan anda sendiri. Anda boleh temui bahagian Pertandingan Peribadi dari menu di sebelah kanan atas halaman utama.
Pertandingan Peribadi merupakan cara mudah untuk anda mencipta pertandingan anda sendiri dan memberikan anda alat untuk bermain dengan rakan mengikut peraturan dan mod permainan yang anda inginkan.
10 permata diperlukan untuk cipta Pertandingan Peribadi dan tiada hadiah akan diberikan dalam permainan. Anda boleh menyesuaikan mod permainan, tempoh, had tahap dan bilangan maksimum pemain mengikut suka hati anda.
Pemadanan
Pemadanan semua mod permainan pertandingan hanya bergantung pada bilangan kemenangan anda dalam pertandingan yang sedang berlangsung. Jika masa menunggu pemadanan adalah panjang, julat pemadanan akan diselaraskan.
Pengetahuan berguna
- Untuk mencipta Pertandingan Peribadi, anda perlu sekurang-kurangnya berada di Tahap Raja 7.
- Mahkota diterima dari Pertandingan Peribadi tidak dikira untuk Peti Mahkota anda.
- Hanya pencipta pertandingan perlu bayar 10 permata. Yang lain boleh sertai secara percuma!
- Terdapat 2 jenis pertandingan:
- Buka: Sesiapa sahaja boleh menyertai
- Untuk sertai, pemain perlu tahu kata laluan yang dicipta oleh pencipta.
- Jika anda nampak mesej “Seseorang dalam pertandingan anda sedang mencari perlawanan” pada skrin anda, maka ia masa yang baik untuk mencari pertempuran juga! Mesej itu adalah untuk membantu anda menyertai pertempuran lebih cepat apabila seseorang juga tengah mencari pertempuran.