Sejenis cabaran istimewa!
Sekali-sekala, anda akan nampak ada cabaran di tab acara anda.
Cabaran ialah sebahagian daripada acara terhad masa yang boleh ditemukan di bawah acara utama. Cabaran ini mungkin menampilkan mod permainan seperti Tawanan Eliksir, Eliksir Berganda atau Tiga Kali Ganda dan lain-lain.
Sesetengah acara khas juga mempunyai tema istimewa, contohnya pada Hari Kekasih atau Tahun Baharu.
Cabaran Khas tidak akan tersedia untuk masa yang lama, jadi pastikan anda sentiasa menyemak tab acara anda!
Ganjaran
Cabaran menawarkan pelbagai ganjaran, bergantung pada cabaran.
Pemadanan
Pemadanan dalam pertempuran cabaran adalah berdasarkan prestasi anda dalam cabaran yang sedang berlangsung.
Pengetahuan berguna
Untuk menyertai cabaran acara istimewa, anda perlu berada sekurang-kurangnya pada Tahap Raja 8.
Cuba semula - Dalam cabaran tertentu, anda boleh membayar permata untuk menyertai semula dan mencuba semula dari awal.
Teruskan - Terdapat juga cabaran yang anda boleh membayar permata untuk set semula kekalahan anda dan teruskan bermain! Anda boleh menggunakan permata untuk terus bermain sebanyak mana kali yang anda mahukan pada harga permata yang sama.
- Penyertaan dan percubaan cabaran tanpa had - Salah satu kelebihan Pass Royale Berlian ialah anda boleh cuba semula atau teruskan cabaran seberapa banyak kali yang anda ingin sehingga menyelesaikannya! Sila ambil maklum ini tidak termasuk Cabaran Klasik atau Besar.