Menyertai pertempuran 1v1 yang juga dikenali sebagai mod Janjang dan meraih trofi serta mahkota untuk maju di Jalan Trofi dan Pass Royale.
Anda boleh mula mencari pihak lawan dengan menekan butang ‘Tempur’. Kuasa menara dan kad tidak dihadkan dalam Janjang, jadi pastikan dek pertempuran anda mengandungi kad yang bertahap tertinggi!
Pemadanan
Sistem pemadanan akan memadankan anda dengan pihak lawan dengan bilangan trofi yang serupa dengan anda. Kad di dalam dek anda dan tahap kad tidak diambil kira dalam pemadanan.
Ada kalanya perbezaan bilangan trofi anda dan lawan anda mungkin besar, tetapi ingat, anda akan dapat lebih banyak trofi jika anda mengalahkan pemain yang mempunyai lebih banyak trofi daripada anda.
Selain itu, anda akan dipadankan dengan pemain lain yang mempunyai perbezaan +1/-1 kuasa menara. Contohnya, jika anda mempunyai kuasa menara 12, anda pada mulanya hanya akan dipadankan dengan lawan yang mempunyai kuasa menara 11, 12 atau 13.
Untuk memastikan masa pemadanan singkat dan pemain tidak akan lama tersekat dalam proses pemadanan, sistem pemadanan akan meluaskan pencariannya menggunakan parameter berikut:
+1/-1 kuasa menara setiap 5 saat.
sehingga maksimum +3/-3 tahap menara pada masa 10 saat.
Pasukan permainan Clash Royale memantau pemadanan dengan teliti dan akan membuat perubahan jika mereka nampak ada kesan negatif pada sistem semasa.
Petua dan Helah Permainan
Penukaran Eliksir Positif
Penukaran eliksir positif merujuk kepada serang balas pihak lawan (sama ada tiada kerosakan atau kerosakan minimum) dengan menggunakan eliksir yang lebih kurang daripada yang pihak lawan guna untuk menyerang.
Contohnya, menggunakan Kayu Balak untuk serang balas Tong Goblin memberikan anda kelebihan +1 eliksir kerana anda menggunakan kad 2 eliksir untuk serang balas kad 3 eliksir. Menjejak penggunaan eliksir (penukaran positif dan negatif) diri anda boleh membantu anda mengawal aliran pertempuran dan membuat keputusan berstrategi yang lebih baik.
Kitaran Kad (4 kad)
Apabila kad telah dimainkan, anda perlu main empat (4) kad lagi sebelum kad itu digilirkan semula. Ini dikenali sebagai kitaran kad. Menjadikan pengetahuan ini kelebihan untuk menandingi kitaran kad serang balas pihak lawan!
Menyesuaikan diri dengan meta semasa (Dek tipikal terkenal)
Dek tipikal berbeza menonjol mengikut perubahan penyeimbangan setiap musim, jadi adalah amat penting untuk mengetahui maklumat mutakhir. Meta merujuk kepada strategi, dek dan kad yang kuat atau berkesan selepas perubahan penyeimbangan. Anda boleh sama ada mengikut aliran yang menggunakannya atau bina dek yang balas serangan meta semasa. Pilihannya di tangan anda!
Syarat Kemenangan
Secara umumnya, mana-mana kad yang menyasarkan bangunan sahaja dianggap syarat kemenangan, justeru itu menyasarkan terus menara pihak lawan. Contohnya seperti Penunggang Khinzir, Gergasi Diraja dan Golem. Kad lain seperti Tong Goblin atau Pelombong boleh juga dianggap syarat kemenangan disebabkan kebolehan unik mereka di mana mereka boleh ditempatkan di mana-mana sahaja dalam arena. Dengan itu, adalah penting untuk memasukkan satu syarat kemenangan di dalam dek anda untuk memastikan anda mempunyai cara langsung untuk merosakkan menara pihak lawan anda!
Bina tolakan dari belakang
Jangan takut untuk memulakan tolakan dari belakang! Meletakkan askar-askar di belakang Menara Raja anda akan memberikan anda masa yang mencukupi untuk mengumpul eliksir bagi menyokong mereka apabila mereka sampai di jambatan.
Mengorbankan Menara
Ia adalah amat penting untuk membuat keputusan ketika dalam pertempuran! Jika anda rasa anda tidak dapat mempertahankan menara, anda boleh sama ada mempertahankan sedikit atau membiarkannya saja dan kumpul eliksir untuk serang balik. Ada kalanya anda mungkin perlu “Menukar Menara” di mana daripada menggunakan eliksir untuk mempertahankan menara anda, anda menggunakan semua eliksir untuk serang laluan sebelah dan meruntuhkan menara pihak lawan. Pastikan anda menilai setiap situasi sewajarnya dan cuba bertenang semasa dalam pertempuran. Pengalaman membentuk kebijaksanaan!
Tonton Main Semula
Veteran berpengalaman pun sentiasa belajar perkara baharu di arena! Tidak kira menang atau kalah, menonton main semula akan membantu anda mencari kesilapan dan memperbaik strategi.
Berehat sebentar (Kalah berterusan)
Cari terbaik untuk menangani kekalahan berterusan ialah berehat seketika. Minda yang jelas membenarkan anda fikir dan bertindak dengan matlamat.
Serang laluan sebelah!
Jika lawan anda mengerahkan askar eliksir tinggi, ia adalah baik untuk meletakkan tekanan pada laluan sebelah satu lagi untuk membentuk serang balas di jambatan! Dengan itu, pihak lawan anda akan perlu menggunakan baki eliksir untuk mempertahan, maka dia tidak akan dapat menyokong serangan yang dia mulakan di laluan sebelah. Tapi, jaga-jaga, jangan terlebih melakukannya sebab kadangkala adalah baiknya untuk simpan eliksir untuk mempertahan.