Dapatkan Trofi daripada Pertempuran 1v1 untuk naik kedudukan melalui Kemajuan Trofi dan kumpulkan ganjaran pencapaian!
Pratonton semua ganjaran dan ambang Arena dengan mengetik Arena pada skrin utama anda. Tetapkan matlamat anda dan maju ke atas!
Pengiraan Trofi
Bilangan Trofi yang anda menang atau kalah adalah berdasarkan perbezaan Trofi antara anda dan musuh anda.
Secara umumnya, jika anda menang menentang pemain yang mempunyai lebih banyak Trofi daripada anda, anda akan diberikan lebih banyak Trofi.
Trofi dan Gerbang Tahap
Setiap kali anda sampai ke Arena baharu, anda akan melalui Gerbang Trofi. Ini akan menyimpan kemajuan Trofi anda dan menghalang anda daripada berundur ke Arena sebelumnya selepas tewas dalam Pertempuran.
Pada masa yang sama, Gerbang Tahap boleh menghalang anda daripada memasuki Arena baharu jika anda belum mencapai Tahap Raja minimum. Ini memastikan tahap kad dan Menara anda telah dinaikkan ke tahap yang cukup untuk menghadapi lawan dari Arena baharu.
Galakan Mempercepat Pembukaan Peti
Mencapai Arena baharu adalah sesuatu yang membanggakan! Selepas mencapai Arena baharu buat kali pertama, anda akan menerima Galakan Peti 24 jam. Galakan akan menindan jika anda mencapai berbilang Arena baharu semasa Galakan Peti sebelumnya sedang berjalan.
Persaingan Sihat
Lihat kemajuan rakan anda dalam Kemajuan Trofi dengan melihat ikon mereka di sebelah kiri skrin Kemajuan Trofi. Semakin banyak Trofi yang dimiliki oleh mereka, semakin tinggi kedudukan mereka dalam Kemajuan Trofi!