Pertempuran Latihan
Mengasah pedang dan kemahiran anda dengan menentang bot di Kem Latihan!
Pergi ke menu Tetapan dan pilih 'Kem Latihan' untuk menjalankan pertarungan latihan menentang bot dengan dek semasa anda.
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak memperoleh atau kehilangan sebarang sumber dalam pertempuran di Kem Latihan.
Mod Latihan
Mengalami cabaran dalam menentang dek musuh yang kuat? Masa untuk berlatih!
Menguji dan menambahbaik strategi pertarungan anda dengan bermain menentang bot yang mempunyai tahap dek dan kad yang sama seperti lawan anda sebelum ini!
Bagaimana saya berlatih?
Pergi ke log pertempuran anda dari menu Tetapan , pilih lawan sebelumnya dan ketik 'Berlatih'. Kini anda akan mengalami semula perlawanan dengan tahap dek dan kad yang sama seperti lawan itu, tetapi menentang bot. Menguji dengan strategi atau kad yang berbeza dan cuba meningkatkan prestasi anda!
Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh bermain menentang lawan terdahulu yang tidak mempunyai Juara dalam dek mereka kerana untuk pertempuran sebegitu, butang itu tidak akan muncul.
Anda tidak memperoleh atau kehilangan sebarang sumber untuk pertempuran dalam mod latihan.
Teruskan mencuba! Anda boleh lakukannya!
Jangan risau jika kalah dalam satu atau dua pertarungan, ini peluang yang baik untuk memikirkan semula strategi anda dan menjadi lebih baik. Belajar daripada kesilapan, bangkitlah lagi!