Laluan Legenda ialah pertarungan terulung untuk semua pemain legenda Royale!
Saya Berminat!
Laluan Legenda dibuka apabila anda mencapai arena 15 dan ia terdiri daripada 10 liga, masing-masing dengan bilangan tangga berbeza untuk dipanjat.
Mod Permainan Legends
Selepas mencapai Liga Juara Mutlak (Liga 10), anda akan layak memasuki papan pendahulu Dewan Kegemilangan yang akan menunjukkan juara arena tersebut dari seluruh dunia!!
Anda juga boleh mengetik butang 'Tunjukkan Lagi' di bahagian bawah sebelah kanan papan pendahulu untuk melihat papan pendahulu Dewan Kegemilangan tempatan anda.
Kemajuan
Maju di Laluan Legenda dengan memenangi pertempuran dan memanjat tangga!
Tangga ada dua jenis:
Tangga Batu: Kemenangan akan membawa anda menaiki satu tangga. Kalah, anda akan jatuh satu tangga.
Tangga Emas: Apabila anda mencapai tangga emas, tempat anda akan terjamin dan anda tidak akan jatuh tangga walaupun kalah perlawanan.
Anda boleh lihat jenis tangga yang seterusnya dengan mengetik butang ‘Seterusnya’ yang terletak di sebelah kanan bawah skrin..
Laluan Legenda
Pemadanan
Di Laluan Legenda, anda akan dipadankan berdasarkan bilangan kemenangan anda dan liga yang anda berada sekarang.
Kad dihadkan pada tahap 11, tetapi had akan meningkat apabila anda menaiki tangga ke liga baharu:
| Liga | Had Tahap Kad |
|---|---|
| 1 | 11 |
| 2 | 12 |
| 3 | 12 |
| 4 | 13 |
| 5 | 13 |
| 6 | 14 |
| 7 | 14 |
| 8 | 15 |
| 9 | 15 |
| 10 | 15 |
Set Semula Musim dan Pengganda Kemenangan
Musim liga bermula pada hari Isnin pertama setiap bulan.
Pada hujung setiap musim, pemain diset semula ke Pencabar 1.
Namun, anda akan menerima pengganda kemenangan berdasarkan kemajuan anda pada musim sebelumnya, membantu anda kembali ke kedudukan anda yang sebelumnya. Angka pengganda akan ditolak satu selepas setiap kemenangan.
Ganjaran
Terdapat dua jenis ganjaran di Laluan Legenda:
Ganjaran satu kali: Tangga tertentu akan memberi anda ganjaran satu kali. Anda boleh menemukannya di sebelah kiri Laluan Legenda.
Ganjaran bermusim: Pada permulaan setiap musim, ganjaran baharu akan muncul. Anda boleh menyemak ganjaran bermusim semasa di sebelah kanan Laluan Legenda.
Dek Laluan Legenda
Anda boleh membuat dek anda sendiri hanya untuk Laluan Legenda (sehingga 10).
Pengetahuan Berguna
Liga Juara Mutlak (Liga 10) tidak mempunyai tangga batu atau tangga emas. Sebaliknya, anda akan bersaing untuk mendapat tempat teratas papan pendahulu Dewan Kegemilangan setiap musim!