Oh, menara dah lagi berkuasa!
Kukuhkan Menara anda dengan Askar Menara! Penambahan askar menara ke dek anda akan menawarkan pilihan serangan baharu dan ANDA boleh memutuskan cara menara mahkota anda melakukan kerosakan!
Menambah Askar Menara
Setiap Askar Menara menawarkan bentuk serangan Menara yang berbeza! Untuk melihat dan menukar Askar Menara anda:
Buka tab Koleksi.
Buka tab 'Dek' dan tatal ke bawah ke menara anda untuk mencari dek.
Ketik Askar Menara untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya atau untuk menukarkannya dengan askar menara lain!
Di manakah saya boleh menggunakan askar menara?
Askar Menara boleh digunakan dalam sebarang mod yang menggunakan Dek anda sendiri.
Membuka Askar Menara
Anda akan serta-merta membuka askar menara pertama anda iaitu 'Puteri Menara'! Askar menara masa depan boleh dibuka dengan mencapai arena lebih tinggi, jadi pastikan anda terus meraih trofi!
Dapatkan lebih banyak kad askar menara dengan bermain dan membuka peti askar menara berwarna merah jambu!
Menaik taraf Askar Menara
Sama seperti kad lain, anda boleh menaik taraf askar menara sehingga ke tahap elit (tahap 15). Setiap tahap baharu yang dicapai akan meningkatkan keberkesanannya dalam pertempuran:
Tahap 2–14
Naik taraf askar menara menggunakan emas dan kad pendua
Tahap 14–Tahap Elit
Naik taraf askar menara menggunakan kad bebas elit sahaja.
Perhatian! Kad Askar Menara yang sama akan ditukar menjadi Kad Bebas Elit berdasarkan nisbah kenadiran yang sama dengan kad biasa.
Kad askar menara dihadkan pada tahap Menara Raja semasa anda dalam pertempuran. Ini bermakna walaupun anda boleh menaik taraf askar menara anda melampaui tahap Menara Raja dalam pertempuran, tahap askar menara anda tidak akan melebihi tahap Menara Raja anda.
Pengetahuan Berguna
Askar Menara ialah Kad sokongan tambahan dan tidak akan mengambil satu daipada lapan Slot Dek asal anda.
Anda boleh menggunakan Item Ajaib seperti Syiling Ajaib dan Kad Bebas untuk menaik taraf Askar Menara
Jika anda terkial-kial membuka lebih banyak Askar Menara seperti Penembak Meriam, jangan berputus asa! Mereka akhirnya akan muncul daripada Peti Askar Menara juga DAN anda akan mendapat banyak kad duplikasi selepas membukanya!