Ciri penguasaan kad dibuka pada tahap raja 14.
Selepas menyelesaikan tugasan dan menguasai kad, anda boleh mendapat lencana dan ganjaran yang hebat!
Tugasan
Tugas penguasaan tersedia apabila anda menaik tahap kad. Setiap kad ada tiga tugas berbeza untuk diselesaikan:
Tugas pertama membuka lencana penguasaan dan anda perlu memenangi pertempuran dengan kad itu.
Untuk tugas kedua, anda akan perlu melakukan kerosakan menggunakan kad itu.
Tugas berikutnya akan ada objektif unik untuk setiap kad, jadi anda akan ada banyak cabaran baharu untuk diatasi!
Kemajuan
Tugas penguasaan kad akan membuat kemajuan apabila anda bermain kad dalam:
- Pertempuran di Jalan Trofi
- Pertempuran di Laluan Legenda
- Perang Klan
- Acara
- Cabaran
- Cabaran Klasik
Tugas pertama untuk semua kad adalah sama. Ia hanya ada 1 tahap kemajuan dan boleh diselesaikan dengan 5 kemenangan. Tugas berikutnya ada 3 tahap kemajuan dan lebih mencabar untuk diselesaikan.
Semak perkembangan penguasaan kad dengan mengetiknya dari skrin koleksi dan memilih 'Penguasaan'.
Tugas penguasaan tidak mudah diselesaikan tetapi inilah yang menjadikan pencapaian menyelesaikan semua tugas lebih bermakna!
Lencana Penguasaan
Anda akan mendapat lencana penguasaan selepas anda menyelesaikan tugas penguasaan pertama.
Apabila anda menyelesaikan lebih banyak tugas dan objektif, lencana anda akan dinaik taraf untuk menunjukkan penguasaan anda!
Ganjaran
Selepas menyelesaikan tugas penguasaan, anda boleh mendapat banyak ganjaran seperti:
- Emas
- Permata
- Timbunan kad
- Kad Bebas
- Token sepanduk
Pengetahuan berguna
- Apabila mengetik tugas, pop timbul akan muncul untuk menunjukkan maklumat lanjut tugas tertentu dan perkembangan tugas itu.
- Anda boleh melihat koleksi lencana penguasaan anda dari tab koleksi, di sebelah sepanduk pertempuran anda.