Clash Berevolusi!
Menambah dimensi baharu pada pertarungan dengan kad evolusi dan membawa keupayaan unik ke medan pertempuran!
Bagaimanakah Kad Berevolusi?
Mengumpul enam syard evolusi untuk kad tertentu akan membuka bentuk evolusi. Dapatkan syard evolusi daripada:
Pass Royale(Dibuka pada Tahap Raja 7)
Kedai Musim (Dibuka pada Tahap Raja 8)
Cabaran
Tawaran kedai
Peti Naik Tahap
Ganjaran bertuah
Ketahui lebih lanjut mengenai syard evolusi di sini.
Macam Mana Mereka Berfungsi?
Slot Evolusi

Tunggu, bersabar! Pastikan anda meletakkan kad evolusi di slot evolusi dek anda sebelum menyertai pertempuran. Anda akan tahu apabila kad telah diletakkan dalam slot evolusi kerana kad itu akan dicas secara automatik dan penampilan askar itu akan berubah kepada bentuk evolusi mereka.
Sekiranya kad evolusi diletakkan di slot biasa, kad itu tidak akan muncul dalam bentuk evolusi, jadi ia akan berfungsi seperti kad biasa dalam pertempuran.
Slot evolusi dibuka pada pencapaian berikut:
| Tahap Raja Diperlukan | Tahap Menara Raja Diperlukan | |
|---|---|---|
| Slot Evolusi Pertama | 7 | 5 |
| Slot Evolusi Kedua | 30 | 11 |
Kad evolusi dalam pertempuran
Berevolusi dalam pertempuran memang mudah sekali! Kad evolusi membawa keupayaan yang dipertingkatkan ke medan perang. Untuk melihat keupayaan kad evolusi, ketik tab evolusi dari halaman kad.
Kad evolusi tidak akan muncul dalam bentuk evolusi serta-merta. Kad mesti dimainkan beberapa kali tertentu dalam pertempuran (sehingga berlian eliksir kejahatan kosong di sebelah atas kad diisi) sebelum kad evolusi diaktifkan. Bentuk evolusi akan diaktifkan pada kali seterusnya kad itu dimainkan!
Apabila dimainkan, kad evolusi akan menggunakan keupayaan unik mereka secara automatik.
Apabila kad evolusi digunakan, prosesnya berulang, dan anda perlu memainkan kad beberapa kali lagi untuk mengaktifkan semula bentuk evolusinya.
Bilakah Saya Boleh Menggunakan Kad Evolusi?
Kad evolusi boleh digunakan dalam sebarang mod yang menyokong dek peribadi anda. Namun, kad evolusi mungkin mempunyai penggunaan terhad dalam:
Acara Bermusim: Acara Bermusim yang menggunakan dek acara boleh mengehadkan penggunaan sesetengah slot dan kad evolusi.
Acara Cabaran: Acara Cabaran yang menggunakan dek acara boleh mengehadkan penggunaan sesetengah slot dan kad evolusi.
Cabaran Klasik/Besar/Mega: Kad evolusi tidak tersedia, tetapi mungkin muncul untuk sesetengah cabaran tertentu.