Bertempur dengan bergaya dengan kulit menara! Kulit menara mengubah penampilan Menara Raja dan Menara Puteri anda. Ia setakat kosmetik sahaja dan tidak mempengaruhi permainan anda.
Macam mana boleh saya dapat kulit menara?
Kulit menara akan ditampilkan dalam laluan ganjaran Pass Royale setiap musim. Langkah pertama ialah mendapatkan Pass Royale dan langkah kedua ialah kumpul mahkota!
Kulit menara juga akan ditawarkan sebagai pembelian dalam aplikasi dari semasa ke semasa. Jangan lupa semak tawaran kedai anda!
Bagaimanakah saya menukar kulit menara?
Untuk melihat kulit menara anda, buka tab Koleksi dan ketik ikon menara. Anda hanya perlu ketik pada kulit yang anda ingin guna. Tanda semakan hijau menandakan ia dipilih untuk pertempuran.
Sekiranya anda tidak tahu kulit menara mana untuk dipilih, mengaktifkan pemilih rawak kulit menara. Anda boleh togol pemilih rawak di sudut kanan atas tab koleksi menara anda dan pilih kulit menara kegemaran anda. Salah satu daripadanya akan dipilih secara rawak untuk anda untuk setiap pertempuran!