Menewaskan lawan dengan Juara dan keupayaan khas mereka! Juara membolehkan anda membentuk strategi baharu untuk pertempuran anda di arena!
Juara pertama anda diperoleh dari Jalan Trofi selepas mencapai Arena 16. Mereka bermula pada kad tahap 11 dan boleh ditingkatkan ke tahap elit (Tahap 15).
Juara dan Keupayaan Khas
Juara mempunyai keupayaan khas yang boleh digunakan dalam pertempuran dengan elixir.
Kesatria Emas

Keupayaan khas: Daya Pecutan
Dia melakukan serangan pecutan ke arah askar darat. Jika dia tidak mempunyai sasaran dalam radiusnya, dia bergerak ke depan sehingga sasaran darat berada dalam julat serangannya.
Raja Rangka

Keupayaan khas: Seruan Roh
Mengumpul βrohβ daripada semua askar yang gugur di arena. Pengaktifkan keupayaan ini akan mewujudkan roh rangka yang serupa dengan Tanah Perkuburan.
Permaisuri Pemanah

Keupayaan khas: Mantel Halimunan
Dia memakai jubah yang membuat dia halimunan terhadap unit pihak lawan dan juga menambah kelajuan serangannya untuk melakukan serangan kuat.
Pelombong Unggul

Keupayaan khas: Larian Letupan
Dia mengorek terowong bawah tanah dan muncul di lokasi bertentangan dalam arah mendatar, meninggalkan bom besar sebagai hadiah perpisahan.
Sami

Keupayaan khas: Kuasa Pemesongan
Mengurangkan kerosakan yang diterima dan memantulkan tembakan kembali kepada asalannya.
Putera Kecil

Keupayaan Khas: Penyelamatan Diraja
Sasar sahaja, tidak perlu otot! Jika busur silang tidak dapat membantu, Putera Kecil boleh meminta bantuan kesatria setia, Pelindung untuk melakukan kerosakan merempuh dan MENOLAK musuh di sekeliling Putera Kecil ke belakang!
Goblinstein

Keupayaan khas: Penghubung Elektrik
Seraaaang! Goblinstein mengelektrikkan penghubung di antara dia dan raksasanya, merenjat semua askar di laluannya.
Dari Manakah Saya Boleh Mendapat Juara?
| Juara | Trofi yang diperlukan |
|---|---|
| Kesatria Emas | 5500 trofi (Arena 16) |
| Raja Rangka | 5500 trofi (Arena 16) |
| Permaisuri Pemanah | 6000 trofi (Arena 17) |
| Pelombong Unggul | 6000 trofi (Arena 17) |
| Sami | 6500 trofi (Arena 18) |
| Putera Kecil | 6500 trofi (Arena 18) |
| Goblinstein | 6500 trofi (Arena 18) |
Anda juga boleh mendapat Juara terjamin dengan membuka Peti Juara.
Menaikkan tahap Juara anda
Anda boleh mendapatkan lebih banyak Kad Juara dari:
Peti Juara
Peti ini akan sentiasa menjaminkan satu Juara. Anda boleh mendapatkan peti ini sebagai ganjaran Jalan Trofi.
Peti
Juara boleh didapati dari semua jenis peti kecuali Peti Epik dan Peti Legenda.Tawaran Kedai Terhad
Dari semasa ke semasa, tawaran masa terhad, termasuk Juara mungkin akan muncul di kedai.
Di manakah saya boleh bermain dengan Juara?
Cabaran dan semua Kejohanan Global mempunyai pembina dek yang akan membolehkan anda bermain dengan sebarang kad dalam permainan walaupun anda belum membukanya, dan ini termasuk Juara!
Ingat ya, satu dek tidak boleh mengandungi lebih daripada satu Juara. Apabila dimainkan dalam pertempuran, ia akan dikeluarkan daripada kitaran, dan apabila ditewaskan, ia akan dimasukkan kembali ke dalam kitaran.